Sunday, February 27, 2011 0 comments By: ITC GEN 7 LAJNAH TARBIYAH DAN KEPIMPINAN IPGM KPI

Ibda' Nafsak Wad'u Ghoirok

Setiap orang berhak menyampaikan kebaikan. Malah, kita yang dilahirkan sebagai seorang muslim atau muslimah 
sememangnya memegang tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah sebagai pembawa kebaikan. Menyeru orang kearah kebaikan bukan hanya terhad kepada sesetengah golongan yang dikatakan layak untuk menyeru. 
Tetapi telah tergalas di bahu masing-masing sejak dilahirkan lagi bersama tauliah khas yang telah dianugerahkan oleh Allah pada setiap diri seorang muslim.

Orang yang memahami akan tanggungjawab ini akan sedaya upaya mencari jalan yang terbaik yang boleh menyampaikan suara seruannya. 
Tidak kira medium sama ada melibatkan diri dalam mana-mana badan organisasi atau bergerak secara sendiri dan berhijrah mencari peluang mengislah diri kearah yang lebih harmoni. Mereka yang memahami tuntutan seruan ini merasakan seandainya diri tidak bergerak untuk bekerja menyampaikan seruan ke arah kebaikan, 
adalah suatu kerugian yang besar. 
Oleh sebab itulah, orang yang bersedia bekerja bersama demi tuntutan agama ini, bukan sahaja melapangkan diri untuk menerima tanggungjawab, 
malah bersedia ‘mendarahdagingkan’ diri kepada sesuatu yang bernama pengorbanan. 
Kerana memamg lumrah orang yang menyeru, pasti dirintangi dengan perbagai dugaan dan cabaran. Dan pengorbananlah yang menjadi pertaruhan.



10 muwasoffat tarbiyah yang telah di gariskan oleh Imam Hasan al-Banna, 
sebagai rujukan seseorang untuk mengislah diri kearah kebaikan. 
Inilah tangga pertama yang perlu dinaikki oleh seorang muslim untuk membentuk diri sebagai muslim yang sejati. Hal ini adalah permulaan pertama yang perlu dilalui. 
Kerana orang yang menyeru perlu memastikan apa yang akan diseru telah atau sedang dilaksanakan oleh diri sendiri terlebih dahulu. Menyeru ibarat merawat penyakit dan sasaran pesakit adalah masyarakat sekarang yang sedang sakit dan tenat dek kuman-kuman jahiliyyah yang semakin merebak.Kitalah Tabibnya. Mana mungkin seorang yang sakit ingin mengubati orang lain yang juga sakit sepertinya,dari mana kepercayaan pesakit dapat diraih?melainkan diri sendiri dahulu berusaha menyembuhkan penyakit yang ada pada diri sendiri.

Atau dengan ungkapan mudahnya, sekiranya kita menyeru kearah akhlak yang baik, pandanglah dahulu akhlak yang ada pada diri sendiri. Sekiranya kita memperkatakan soal kesempurnaan ibadah, maka seiringlah usaha untuk memperelokkan ibadah kita seharian, dan sekiranya kita berbicara soal hati, maka selidiklah hati sendiri dahulu sebelum merawat hati yang lain.


Oleh itu….
Mulakanlah dengan diri sendiri dahulu…

Sebagai orang yang menyeru ke arah kebaikan, contoh teladan harus dimulai dengan diri sendiri terlebih dahulu. 
Rasulullah s.a.w adalah qudwah pertama bagi dai’e dalam memperjuangkan agama Islam, sahabiah dan ummahatul mukminin adalah qudwah kedua kita. 
Oleh itu persediaan ilmu dan amal mestilah seiringan.

Saya memetik Hadith Rasulullah saw:

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, maksudnya : 
Daripada Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Harithah radiallahuanhuma berkata : “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang seorang lelaki pada hari kiamat nanti lalu dilemparkan ke dalam api neraka sehingga terkeluarlah isi perutnya, kemudian ia berpusing-pusing (di tengah-tengah unggunan api neraka) seperti berpusingnya seekor keldai di tempat penggilingan gandum. Para penghuni neraka terkejut melihat kejadian itu lalu mereka segera berhimpun di sekelilingnya dan berkata kepadanya : “hai fulan! Mengapa engkau jadi begini? Bukankah dahulu (sewaktu di dunia) engkau suka menyuruh orang berbuat kebaikan dan melarang mereka daripada berbuat kemungkaran?” lalu dia menjawab: “ya benar, dahulunya saya suka menyuruh orang lain berbuat kebaikan, tetapi saya tidak melakukannya, dan saya suka melarang orang lain daripada kemungkaran, tetapi saya sendiri melakukannya”.
Wallahu’alam

Hijrahkanlah diri terus-menerus ke arah ketinggian Islam. 
Seiringkan iman, ilmu dan amal dalam perlakuan kita seharian, kematangan harus dipupuk dengan berfikiran rasional dan terbuka, 
tetapi tidaklah sehingga terkeluar dari batasan syara’. Semua ini adalah untuk menuju ke arah kesejahteraan dan kemurniaan hidup sebagai umat Islam umat yang terpilih sebagai ‘penyeru’ ke arah kebaikan. Genggamlah ungkapan ini “ Di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung”. Jangan lah kita lupa, di bahu kita sarat dengan tanggungjawab pengislahan dan pembelaan terhadap Islam, jangan sesekali memilih zon selesa walau beribu rintangan mendepani kita, kita akan kuat jika kita berani, halusilah ia dengan ilmu yang mantap ke arah persediaan yang utuh. Bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal mendatang.

Sesungguhnya kebahagiaan kita dalam menyeru akan terasa indah apabila apa yang disampaikan menjadi penguat semangat yang berterusan kepada diri. 
Benar, mudah memperkatakan, tetapi sulit mempraktikkan lantas melahirkan sifat dan akhlak terpuji sebagai tauladan.

Teringat saya akan firman Allah:

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya membuat kebaikan, sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca kitab Allah, maka tidakkah kamu berfikir? “~ al-Baqarah;44

Gementar rasanya hati, apabila saya sebagai orang yang bekata menyampaikan peringatan ini. Pastinya semua ini untuk diri sendiri. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk lebih bersemangat dan sentiasa mengislah diri serta menyeru hati-hati ke arah mencapai keredhaan Allah.
Saturday, February 26, 2011 0 comments By: ITC GEN 7 LAJNAH TARBIYAH DAN KEPIMPINAN IPGM KPI

Tersirat di Sebalik Yahudi dan Sejarah Kekejaman Mereka





Mari kita mengenali siapa musuh sebenar umat islam….
  1. KAUM Yahudi mengaku mereka keturunan Nabi Daud. Mereka percaya kawasan sekitar Bukit Zion atau Palestin adalah bekas kerajaan Nabi Daud yang telah ditawan dari Bani Al-Yabusiyyah.
  1. YAHUDI memilih segi tiga terbalik sebagai lambang mereka, yang bermaksud materialisme, manakala segi tiga betul adalah spiritualisme.Gabungan kedua-duanya – segi tiga betul dan terbalik – membentuk berbucu enam yang menjadi lambang agama Yahudi hingga kini.
  1. YAHUDI menganggap mereka bangsa pilihan dan bangsa-bangsa lain mereka panggil kafir atau goyem. Agama Yahudi hanya untuk mereka cenderung untuk bersikap eksklusif, menolak orang lain kerana berasa bangsa lain tidak setaraf dengan mereka.
  1. PERKATAAN Zionisme diambil sempena nama Bukit Zion. Pertubuhan Zionis Sedunia diwujudkan pada tahun 1897 dengan matlamat menguasai seluruh alam khas untuk bangsa mereka di Zion (Palestin))
  1. KONGRES pertama Pertubuhan Zionis Sedunia berlangsung di Basle, Switzerland pada 1897. Usul Protocols of Zion yang mengandungi perancangan terperinci untuk menguasai Palestin dan seluruh dunia telah diterima tanpa bangkangan. Antara strateginya ialah menyebar fitnah, mencetuskan perbalahan dan permusuhan di kalangan negara-negara Eropah.
  1. ISRAEL wujud pada 1948 dengan keluasan 20,770 kilometer persegi, terletak di antara Mesir, Semenanjong Gaza, Jordan, Lebanon dan Syria.Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada bumi Palestin yang dirampas melalui perang dengan sokongan Britain dan Amerika.
  1. BANGSA Yahudi tidak menggalakkan perkahwinan campur. Pada mereka bangsa lain tidak layak berkongsi hidup dengan mereka. Malah mereka juga memberikan pelbagai gelaran negatif kepada Yahudi yang memilih pasangan bangsa lain.
  1. KANAK-KANAK Yahudi diajar supaya menyumpah seranah dan memaki hamun tatkala melintasi kawasan perkuburan bangsa lain terutama Islam.
  1. KESALAHAN orang Yahudi paling besar adalah membunuh banyak nabi, antaranya Hizrial, Asy’ia, Armia, Zakaria dan Yahya. Mereka juga cuba membunuh Isa dan Muhammad tetapi gagal .
  1. ORANG Yahudi telah menyelewengkan Taurat dan Talmud. Mereka melakukan kekejaman, membunuh serta merampas harta benda orang lain kononnya mengikut ajaran kedua-dua kitab itu.
  2. Antara yang diselewengkan: "Orang Israel patut membinasakan orang Arab Kan’an dan tidak akan memberi kehidupan pada mereka walaupun mereka memeluk agama Yahudi kerana Yahudi untuk Israel sahaja.
  1. Manusia lain selain Yahudi adalah ANJING. Kami tidak mengambil tanah milik orang-orang Arab dan tidak menguasai sesuatu pun milik orang lain akan tetapi ia adalah warisan nenek moyang kami yang telah dikuasai musuh dan zalim.
  1. Manakala dalam Talmud yang diselewengkan ialah:
"Semua bangsa selain Yahudi adalah LAKNAT. Penguasaan Yahudi atas apa yang dimiliki al-quwaiin (selain Yahudi) adalah benar dan usaha menjaganya terus menerus dan abadi".
  1. . DENGAN berpegang kepada kitab yang diselewengkan itu juga mereka bebas melakukan keganasan di mana saja bumi dipijak. Sebenarnya orang Yahudi telah melancarkan operasi ‘sapu bersih’ ke atas rakyat Palestin sejak sebelum penubuhan Israel lagi. Mereka mahu menjadikan negara itu seratus peratus Yahudi. Antara kekejaman yang mereka lakukan ialah: 13 Disember 1947 – Sebuah perkampungan orang Islam Palestin, Yehida berhampiran Petah Tekva (penempatan pertama Zionis yang dibina pada 1878) diserang. Sekumpulan Yahudi yang menyamar sebagai tentera peronda British telah melepaskan tembakan dan mengebom rumah penduduk perkampungan itu.
  1. 1 Januari 1948 – kira-kira 200 pelampau Yahudi bersenjata mesingan dan bom tangan menceroboh kampung Al-Sheikh (5 km di tenggara Haifa)lalu membunuh wanita dan kanak-kanak.
  1. 9 – 10 April 1948 – dalam Operation Unity, pengganas Haganah, Irgun dan Stern bersatu mengepung kampung Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh itu 250 orang Arab dibunuh dan dengan kejam dan wanitanya dirogol. Seramai 25 orang wanita hamil dibelah perutnya dan bayi mereka disembelih, 52 kanak-kanak dikudungkan kaki dan tangan.
  1. 11 Julai 1948 – Batalion ke-89 komando Yahudi yang diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada penduduk Islam Lyadd dan Ramle setelah berjaya menawan perkampungan tersebut. Seramai 100 menerima itu dan berkumpul di Masjid Dahmash seperti di janjikan.Namun malang, perlindungan yang diharapkan rupanya bala yang tiba, mereka semua mati.
  1. 15 – 18 September 1982: Seramai 3,000 kanak-kanak dan wanita Palestin disembelih di khemah di Sabra dan Shatila di Lebanon. Ketua tukang sembelih itu ialah Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel sekarang.
hakikatnya orang yahudi dan nasrani tidak akan redha kepada umat islam sehinggalah hari kiamat..inilah bukti kebenaran firman Allah dalam surah al-Baqarah yang bermaksud: 



"Dan orang-orang yahudi dan nasrani sekali-kali tidak akan redha terhadapmu wahai Muhammad sehinggalah engkau menjejaki langkah (agama) mereka"

Gadaffi Wajib Dibunuh!



                                                                     بسم لله الر حمن الر حيم


Izinkan saya memetik fatwa Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi berkenaan apa yang berlaku sekarang di bumi Libya yang sememangnya tidak kering melahirkan pejuang-pejuang agama Allah yang sanggup berdada dengan kezoliman walaupun darah-darah mereka menjadi kuah yang berlaukan cebisan-cebisan tubuh mereka yang dizolimi.



   Selepas apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir,virus ini terus merebak di bumi Arab.Hari ini ianya telah pun sampai ke bumi Libya.Rakyat Libya bangun memprotes Muammar Gadaffi (beliau berfahaman Syiah) yang telah pun memerintah Libya lebih 40 tahun!Rakyat Libya bangkit melawan tetapi kerajaan penakut Libya yang dipimpin si zolim ini  bertindak membunuh rakyatnya sendiri!Malah dia menyebut bahawa dia akan mempertahankan kerajaannya hingga ke titisan darah yang terakhir .

   Di bawah ini saya datangkan fatwa ulama' yang tidak asing lagi pada kita...


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Stesen TV Al-Jazeera Dr. Yusuf Al-Qaradawi (gambar kiri ) mewajibkan agar Gaddafi dibunuh dan ianya adalah jihad. Fatwa terbaru beliau ini dikeluarkan rentetan daripada laporan yang menyatakan bahawa Gaddafi melancarkan serangan dengan menggunakan jet pejuang untuk untuk mengebom mereka yang terlibat dalam demontrasi yang berterusan di Libya sekarang.
Syeikh al-Qaradawi berkata :وقال القرضاوي ” أصدر الآن فتوى  بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص  يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه”. وأضاف “لا يجوز لأي ضابط أن يطيع هذا الرجل في المعصية والظلم والبغي على العباد”.
maksudnya :
“Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh ! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya .. maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini! “…beliau seterusnya menambah “  Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri!”


   Sama-sama kita doakan intifadhah yang melanda Libya ini akan mendapat kemenangan.Insya-Allah...
Rakyat Libya bagaikan mengaum menandakan mereka sudah muak dengan pemerintahan regim zolim Libya.Hari ini mereka bangkit semacam mewarisi semangat kepahlawanan As-Syahid Umar Mokhar yang syahid di tali gantung semasa menentang penjajah Itali di bumi Libya.Malah kita di Malaysia tak lupa kepada As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya yang pernah mengaji di sana sehingga digelar Ibrahim Libya (syahid dalam perisitiwa Memali,Baling,Kedah 19 Nov 1985 dibunuh regim thoghut.)

    Inilah kesudahan pemimpin yang zolim.Mereka menyangka mereka akan terus berkuasa tetapi Allah lebih berkuasa.Ben Ali,Hosni Mubarak dan kini Muammar Gadaffi adalah contoh-contoh regim yang sudah dan akan tumbang dengan izin Allah.Oleh sebab itu,tiada kerajaan yang kekal melainkan kerajaan Allah.Sampai masa,kamu akan tumbang hasil kezoliman yang kamu warisi daripada pak-pak thoghut!

dipetik daripada : http://amzarpassyuhada.blogspot.com/2011/02/gadaffi-wajib-dibunuh.html

Mengenali Sang Mujahidah Zainab al-Ghazali al-Jubaili...



Share




"..mari kita berjanji,berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki & seorang wanita,wanita pada umur 18 tahun,memberikan keseluruhan hidupnya untuk Allah & dakwah.Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini & dakwah,maka perkahwinan kita akn tamat,tetapi dakwah akan stiasa bertunjang dalam diriku.."


   Inilah antara untaian kata-kata motivasi kepada kaum Adam yang melambangkan cerminan jiwa sang mujahidah Zainab al-Ghazali al-Jubaili...seorang muslimat Ikhwanul Muslimin di Mesir yang memperuntukkan hidupnya untuk Islam.Tahun 1917 lahirlah seorang wanita yang diberi nama Zainab al-Ghazali,lahir di Buhaira,Mesir dan sememangnya beliau berketurunan Amirul Mukminin,Sayyidina Umar al-Khattab r.a.Rupa-rupanya inilah lambang keberanian sang mujahidah sesuai dengan Sayyidina Umar al-Khattab r.a yang diketahui sifatnya semasa sama-sama berjuang bersama Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W. dahulu.

   Hidupnya sudah diperuntukkan untuk Islam,hari-hari yang dilaluinya adalah hari-hari untuk medan dakwah mengajak umat Islam kembali kepada al-Quran dan Hadis.Mehnah,tribulasi dan sebagainya dilalui dengan penuh kesabaran.Berbagai penderitaan dilalui olehnya semasa menghadapi kezaliman regim thoghut Presiden Jamal Abdul Naseer (Presiden Mesir pada masa itu).Kisah-kisah penderitaan ini diabadikan olehnya di dalam kitabnya,'Hari-Hari Dalam Kehidupanku'.Tubuhnya pernah menjadi sasaran anjing ganas yang dilepaskan oleh pihak berkuasa semasa mendekam di dalam jeriji besi,namun Allah melindunginya.Malah tubuhnya juga mendapat lindungan Allah daripada diperkosa oleh lelaki jahat yang tidak sanggup menodai sang mujahidah yang punya sifat keberanian seperti Mashitah,Nusaibah mahupun Sumayyah..Subhanallah...

   Menceritakan lebih lanjut perihal sang mujahidah ini,dirinya pernah menganggotai Gerakan Wanita Mesir pada usia remajanya.Akan tetapi,matlamat gerakan itu tidak bersesuaiannya dengan fikrahnya sebagai seorang mujahidah lalu beliau menubuhkan Jemaah Wanita Muslimah sebagai satu wadah untuk meneruskan perjuangan.Gerakan ini aktif melakukan kerja dakwah dan kerja kebajikan hingga mula mendapat perhatian kaum wanita di Mesir.Gerakan ini terus aktif sehingga ia diharamkan regim thoghut pemerintah Mesir pada masa tersebut.Tanggal 15 Sept 1946 gerakan ini telah diharamkan.Sebenarnya dalam usia 18 tahun,beliau telah pun aktif dengan kerja-kerja dakwah dan di saat pengharaman gerakan yang diasaskannya itulah beliau bertemu dengan As-Syahid Imam Hasan al-Banna.Hasil hubungannya dengan seorang Muslimat Ikhwanul Muslimin telah menyebabkan beliau menyertai Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh As-Syahid Imam Hasan al-Banna.Keterlibatannya bersama Ikhwanul Muslimin ini terus dipacu bagi meneruskan perjuagannya untuk memenangkan agama Allah.Setelah syahidnya As-Syahid Imam Hasan al-Banna,beliau tetap bersama Ikhwanul Muslimin dalam meneruskan perjuagan bersama As-Syahid Sayyid Qutb dan Abdul Fattah Ismail.

   Maka pada tahun 1965,bermulalah kehidupan beliau di dalam penjara,tahun itulah beliau ditangkap dan dihumbankan ke dalam penjara selepas dibicarakan.Beliau dijatuhkan hukuman selama 25 tahun,namun begitu beliau dibebaskan pada tahun 1971 semasa regim Anwar Sadat mengambil alih tampuk pemerintahan Mesir.Semasa di dalam penjara inilah berbagai rintangan dilaluinya.Manakan tidak,beliau diberikan makanan yang kotor,malah digertak akan diperkosa.Namun Allah memberinya kekuatan kepadanya untuk terus mempertahankan maruah dirinya.Beliau juga disebat,dihina malah diaibkan tapi semangatnya tidak pernah luntur,tidak pernah merasa kecewa kerana memilih hidup untuk dicurahkan tenaganya kepada Islam..Subhanallah...

   Beliau kembali menghadap Allah pada tanggal 3 Ogos 2005 semasa berusia 88 tahun setelah bertahun-tahun dalam hidupnya dihabiskan untuk melihat Islam ditegakkan.Namanya tetapi disebut sehingga kini sebagai salah seorang contoh muslimat yang sanggup mati demi Islam...

   Di sini dinukilkan pesanannya kepada kita....
"Tidak ada jalan keluar bagi suatu ummat,bahkan bagi dunia melainkan dengan dakwah Islam.Betapa kejam dan ganas siksaan yang dikenakan,tidak akan mampu meruntuhkan keyakinan dan kebenaran dakwah Islam.Bahkan ia akan tumbuh dengan subur sebagai kekuatan yang akan menghancurkan kebathilan dengan penuh ketabahan dan kesabaran"

Subhanallah..tidakkah anda merasa cemburu dengan dirinya wahai insani yang bergelar wanita...contohilah dirinya,beliau antara tokoh mujahidah di abad moden yang hidupnya untuk Islam seperti mana kehebatan Sumayyah,Mashitah dan juga Ummu Nusaibah..seperti mana Sayyidatina Aisyah r.h.a dan ramai lg..Subhanallah..

Moga bermanfaat...

*sumber dari buku Tokoh2 Gerakan Islam Abad Moden karya Ustaz Zainuddin Hashim dan Ustaz Riduan Mohamad Nor

Jangan Keliru : Hukum Politik, Dakwah, Muamalat & Ibadah

Jangan Keliru : Hukum Politik, Dakwah,
Muamalat & Ibadah
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
quran-and-lights
Fiqh muamalat bukanlah terhad kepada hukum-hakam di dalam urusan kewangan semata-mata tetapi ia tercabang kepada seluruh urusan di antara manusia sesama mereka.
Justeru, urusan politik (siyasah), pentadbiran, nikah kahwin (munahakah), hukum jenayah, cara dakwah serta akhlak juga terkandung di dalam bab fiqh muamalat. Muamalat ini juga boleh diklasifikasikan dalam bab ‘Al-Adat’. Sheikh al-Islam Ibn Taymiah berkata :
تصرفات العباد من الأقوال والأفعال نوعان : عبادات يصلح بها دينهم وعادات يحتاجون إليها في دنياهم
Ertinya : Urusan hamba (manusia) seluruhnya sama ada perkataan dan perbuatan itu boleh diklasifikasikan kepada dua jenis : Ibadah yang baik untuk agama mereka dan hal adat yang diperlukan oleh manusia untuk urusan dunia mereka (Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah Al-Nuraniyyah, hlm 111)
APAKAH KESAN TERHADAP PEMBAHAGIAN DAN KEFAHAMAN INI?
Sebagaimana yang disepakati oleh jumhur ulama silam dan kontemporari, urusan hukum dalam bab fiqh Ibadah adalah agak terhad dan terikat dengan dalil yang specifik (khusus) dan sebahagian dalil umum. Apapun ia mesti mempunyai dalil yang jelas. Sebagaimana kaedah yang dipersetujui oleh para ulama menyebut:-
الأصل في العبادة التوقف
Ertinya : Hukum panduan (asal) bagi urusan ibadah adalah tawaqquf (berhenti dari mencipta, mesti datang dari dalil) (Rujuk kaedah ini dalam, Ibn Hajar, Fath Al-Bari, 3/54 ; Ibn Mufleh, Al-Adab Al-Syar’iyyah, 2/265 ; Al_Zarqani, Syarah Al-Muwatta’, 1/434 ; Al-Syawkani, Naylul Awtar, 2/20)
Syeikhuna Al-Imam Dr. Yusuf Al-Qaradawi pula mengulas lanjut berkenaan displin hukum dalam bab ibadah dengan menjelaskan ciri sesebuah ibadah khusus itu dengan dua kaedah :
ألا يعبد إلا الله
Ertinya : Tiada yang layak diabdikan diri kepadanya kecuali Allah ( ertinya niat mestilah kerana Allah)
ألا يعبد إلا بما شرع
Ertinya : Tiada ibadah kecuali yang disyari’atkan ( mestilah bersumber secara specific atau umum dari nas dalil al-Quran dan hadith).
Hasilnya tidak dibenarkan untuk sesiapa di kalangan manusia, mencipta apa jua bentuk ibadah baru yang tidak didasari oleh dalil. Bukan itu sahaja, malah semua ibadah itu mestilah disandarkan kepada dalil dengan caraistidlal dan istinbad yang sohih.
HUKUM MUAMALAT BERBEZA
Ibn Abidin menjelaskan beberapa aspek muamalat katanya:”muamalat boleh dibahagi kepada lima iaitu pertukaran pemilikan dalam jual beli (mu’wadah maliah), nikah kahwin, perbicaraan di mahkamah (mukhosamah), kontrak amanah (termasuk politik dan kepimpinan), dan pembahagian pusaka” ( Hashiah Ibn ‘Abidin, 1/79)
Bagi semua hukum hakam dan cara serta bentuk dalam fiqh muamalat pula, Allah s.w.t hanya meletakkan beberapa INTI sebagai asas utama yang tidak berubah (ia dinamakan thawabit), namun kebanyakan cara dan bentuk pelaksanaannya boleh berubah dengan perubahan zaman serta tempat. Namun begitu, sebarang perubahan hukum mestilah diawasi oleh para ulama berkelayakan melalui kaedah-keadah tertentu yang sukar untuk diterangkan di sini.
Displin ini penting agar kebebasan itu tidak disalahgunakan oleh sebahagian manusia yang berkepentingan. Hasil dari prinsip muamalat yang tetap dan pelaksanaan yang flexible, Islam dapat menyelesaikan pelbagai masalah kemanusian yang sentiasa berkembang dan pelbagai di setiap pelusuk dunia.
Keadahnya disebut :
الأصل في المعاملات والعادات الإلتفات إلى المعاني
Ertinya : Hukum ghalib dan asal bagi hal ehwal mu’amalat dan adat adalah kembali kepada penelitian objektifnya. ( Al-Muwafaqat, Al-Shatibi, 2/300) [1]
Keadaan itu juga menyebabkan sebahagian besar PELAKSANAAN hukum-hakam dalam bab muamalat berubah-ubah disebabkan oleh suasana dan kebiasaan setempat yang dinamakan ‘uruf. Namun mestilah ‘uruf terbabit tidak secara jelas bercanggah dengan nas dan dalil yang jelas, jika itu berlaku ia dinamakan ‘uruf  fasid atau kebiasaan yang tertolak dan rosak, hukumnya haram dilakukan dan mesti dihentikan.
Justeru, perlulah kita fahami :-
1.     Urusan kewangan adalah bab Fiqh al-muamalat antara manusia dengan manusia. Justeru, mewujudkan suatu kontrak jual beli yang tidak pernah wujud di zaman Nabi adalah HARUS selagi prinsip keadilan dalam jual beli dipelihara, iaitu tiada riba, tiada gharar, tiada judi, terdapatnya keredhaan kedua belah pihak dan pelbagai lagi.
Mengapa ia diharuskan walau tiada yang sedemikian di zaman baginda Nabi s.a.w? Jawabnya, kerana ia adalah satu dari isu dalam hukum Muamalat yang flexible (anjal). Kerana itu jugalah sistem bank hari ini diiktiraf oleh para ulama walau tiada wujud sepertinya di zaman Nabi, namun ia memerlukan modifikasi dari semasa ke semasa agar boleh mencapai objektif kebaikan buat masyarakat.

2.    Medium pembelian iaitu matawang adalah dari bab mu’amalat. Justeru, mewujudkan matawang yang baru yang tidak pernah diguna pakai oleh Nabi juga adalah HARUS selagi syarat-syarat keadilan dipenuhi.
Jika ternyata penciptaan itu terdapat kezaliman, mestilah kezaliman itu dibanteras, dirawat dan dikurangkan semampu mungkin. Jika belum punyai kemampuan mudarat hendaklah dikurangkan sedaya mampu. Justeru keharusan penggunaan mesti dihadkan kepada situasi tertentu sahaja, seperti di ketika ekonomi umat Islam terlalu lemah seperti hari ini. Mengapa ia harus walau di zaman Nabi tiada sebegitu?, Kerana ia adalah satu isu dalam Fiqh Muamalat yang flexible(anjal).

3.    Urusan pentadbiran dan urusan politik adalah satu dari bab muamalat. Justeru, menyertai protes aman (tanpa bersenjata menurut ghalib dzan yang menyertai) menuntut pemimpin yang ternyata zalim untuk turun dari jawatan adalah HARUS walau ia tidak pernah berlaku di zaman Nabi s.a.w, iaitu selagi ia tidak membawa mudarat yang lebih besar pada penilaian ulama di sesuatu zaman tersebut. Ia juga bukanlah salah satu dari ciri Khawarij kerana ia bukan melawan secara bersenjata dan rusuhan yang terancang.

Lihat sahaja bagaimana Khalifah Umar al-Khattab mengendalikan urusan muamalat dalam bab politik dan pentadbiran.

Antara contoh paling kontroversi di zaman umar adalah fatwa beliau berkenaan pembahagian kawasan tanah Iraq yang dibuka oleh tentera Islam di waktu itu. Menurut parktis biasa di zaman Nabi dan selaras dengan ayat Al-Quran :

وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا غَنِمْتُم مِّن شَيْءٍ فَأَنَّ لِلّهِ خُمُسَهُ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ
Ertinya : Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnusabil.. ( alAnfaal : 41)

Difahami dari ayat itu, 4/5 bakinya dibahagikan kepada tentera yang berjuang. Namun Umar al-Khattab dan sebahagian ulama di kalangan sahabat seperti Sayyiduna Ali, Muadz Ibn Jabal dan beberapa yang lain berpendapat tidak perlu dibahagikan dan membiarkannya kekal di tangan pemiliknya yang asal. Dengan syarat pemiliknya yang asal itu membayar kharaj (cukai tanah) yang boleh dimanfaatkan oleh semua umat Islam.

Ijtihad Umar selaku pemerintah ini tidak dipersetujui oleh beberapa sahabat terkemuka seperti Bilal Ibn Rabah dan lain-lainnya. Umar diriwayatkan berkata :-
لو لا آخر الناس ( أي الأجيال المستقبلة ) لقسّمتُ الأرض كما قسّم النبي صلى الله عليه وسلم خيبر
Ertinya : Jika tidak disebabkan kebaikan generasi terkemudian Islam, nescaya akan ku bahagikan tanah-tanah ini sebagaimana Nabi membahagikan tanah Khaybar (Al-Mughni, Ibn Qudamah, 2/598) [2]

Ibn Qudamah kemudiannya menghuraikan, Umar r.a telah mewaqafkan tanah terbabit walau beliau tahu keputusan Nabi s.a.w. Inilah satu contoh jelas menunjukkan kaedah dalam keputusan muamalat Islam boleh berubah dengan berubahnya suasana dan keperluan.  Syeikhuna Yusuf Al-Qaradawi
أن مجرد فعل النبي صلى الله عليه وسلم لشيء إنما يدلّ على المشروعية فقط ولا يدلّ بنفسه على الوجوب ولهذا وسّع عمر ومن معه مخالفته
Ertinya : Sesungguhnya semata-mata Nabi melakukan sesuatu (Dalam hal ehwal mamalat termasuk politik) ia hanyalah menunjukkan keharusan dan pensyariatannya sahaja, dan TIDAK MENUNJUKKAN kewajiban, oleh kerana itulah Umar al-Khattab dan yang bersamanya meluaskan (bentuk pelaksanaannya)” ( Madkhal Lidarasati al-Shari’ah Al-Islamiyyah, hlm 220)

Dari contoh di atas, zahir fatwanya kelihatan berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh Nabi s.a.w tetapi ia jelas menunjukkan kesamaan dari sudut target dan objektif (maqasid) iaitu untuk mencapai keadilan yang yang terbaik untuk Negara Islam, walau terpaksa sedikit mengenepikan hak individu. Bukankah sudah diketahui bahawa maslahat umum diutamakan dari maslahat individu.

Inilah tanda keputusan bersifat politik dan pentadbiran adalah satu dari isu muamalat yang Ia tidak terhad kepada sesuatu ‘bentuk’ specifik yang dilakukan oleh Nabi tetapi hanya terhad kepada inti dan objektif sahaja.
Juga seperti tindakan Nabi yang menolak permintaan sahabat untuk melaksankan limitasi harga jualan (Tas’ir) agar para peniaga tidak boleh menaikkan harga.

Kata Nabi semasa menolak permintaan itu :
بل الله يخفض ويرفع وإني لأرجو أن ألقى الله وليس أحد منكم يطالبني بمظلمة في دم أو مال
Ertinya : Bahkan, Allah yang menurun dan menaikkannya dan sesungguhnya aku berharap untuk bertemu Allah dan tiada sesiapa yang menuntut dariku kerana dizalimi dari sudut harta dan jua jiwa” ( Riwayat Abu Daud ; Sohih : Albani)

Namun kemudiannya, Imam Sa’id Musayyab, Yahya Sa’id Ansari, Imam Malik dan raai lagi ulama tabien sezaman dan yang selepasnya bersetuju ia dilaksanakan dalam suasana peniaga sengaja menyekat barangan bertujuan untuk memaksa harga naik disebabkan permintaan meningkat mendadak. Sebagai jalan menghalang kezaliman dari berlaku.

Sheikuha Prof. Dr Fathi Al-Durayni menjelaskan tas’ir diterima kemudian oleh para ulama mujtahidin tabien bagi mencapai maqasid atau objektif yang disasarkan oleh Nabi s.a.w sendiri semasa baginda menolak tas’ir. Iaitu  Baginda menolak kerana tidak mahu berlaku kezaliman kepada pengguna dan peniaga. (Manahij Al-Ijtihad, Dr Fathi Ad-Durayni, hlm 159)

Ulama tabien pula membenarkan tas’ir kerana berubahnya suasana dan keperluan di ketika zaman mereka, lalu mereka menerima tasi’r. Jelas dari isu ini, objektif adalah sama cuma bentuknya berbeza.

4.    Dakwah dan caranya merupakan satu cabang dari muamalat : Inti dakwah adalah tetap (thabit) iaitu membawa manusia kepada kebaikan yang digariskan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis, dan melarang manusia dari apa jua perbuatan dan keyakinan yang bertentangan dengannya.

Pun begitu, cara, teknik dan bentuk dakwah itu terbuka kepada pelbagai jenis, tidak hanya terhad kepada kaedah dan bentuk yang digunapakai oleh Nabi iaitu ceramah face to face dengan para sahabat. Justeru, bentuk dakwah dan ajak kepada kebaikan melalui tv, radio, internet, blog, kaset, cd, vcd, mp3 yang dikira tidak secara face to face juga diharuskan.

Demikian juga dakwah melalui gambar video yang tidak pernah diguna oleh Nabi, adalah dibenarkan selagi syaratnya asas dapat diikuti.

Dakwah melalui platform dan jemaah-jemaah tertentu yang mampu melakukan kerja secara berkumpulan seperti NGO juga diharuskan, walau ia tidak pernah wujud di zaman nabi juga boleh, parti politik juga boleh, melalui system demokrasi yang telah tersedia wujud dan sebagainya.

Inilah yang perlu difahami dan tidak tersilap faham bahawa kita WAJIB mengikut bentuk yang nabi gunakan di zaman baginda, sehingga perlu memasuki gua terlebih dahulu atau menolak seratus peratus sistem demokrasi yang ada sebagai jalan untuk mencapai inti dakwah, Ini adalah kurang tepat jika dilihat dari keperluan dan perubahan situasi zaman dan tempat.

Jangan pula nanti ada yang berfatwa hanya boleh menaiki unta dan kuda semasa dakwah keran aitulah yang dilakukan oleh baginda nabi dan sahabat. Fatwa sebegini tidak disebut oleh mana-mana ulama muktabar.

Hasilnya, hendaklah kita fahami mana inti yang perlu diikuti (thawabit), dan mana pula bentuk yang bersifatmutaghayyirat dan flexible. Terlalu banyak dalil dalam bab ini yang tidak sesuai untuk dimuatkan dalam tulisan ringkas ini.

KESIMPULAN

1.       Hukum ghalib dalam kes-kes muamalat dan penentuan hukum dalam isu-isu baru dalam bab muamalat dan adat adalah merujuk kepada objektif. Caranya? Selagimana tidak bertembung secara qat’ie dan ijma’ dengan mana-mana hukum Shari’ah, ia adalah diharuskan. Seperti berdakwah menggunakan muzik, kartun lukisan dan sebagainya. Ia adalah bab muamalat.

2.       Muamalat tidak hanya terhad kepada urusan kewangan tetapi juga seluruh urusan yang melibatkan hubungan manusia dengan manusia lain.

3.       Cara dakwah, politik, teknik teguran kepada rakyat yang melakukan kesalahan atau pemerintah yang melakukan kezaliman BOLEH berubah menurut keperluan zaman dan setempat. Ia merupakan isu muamalat yang hanya terikat untuk mencapai intinya selagi teknik adalah neutral. Ia bukan Fiqh ibadah yang sangat terikat kepada dalil specifik dan nas.

Namun perlu diingati, sesuatu teknik mungkin disangkal oleh sebilangan ulama di sesuatu zaman dan disokong pula oleh sebahagian ulama yang lain, kedua-duanya berdasarkan proses timbang tara maslahat dan mudarat. Ia adalah hasil ijtihad dan tidak wajarlah kita mengutuk, melabel dan memperlekehkan mana-mana ijtihad yang dikeluarkan oleh ilmuan yang berkelayakan.


Zaharuddin Abd Rahman
25 Feb 2011



[1] Perkataan ‘Asal’ bermaksud asas dan ghalib, kebiasaan dan ia menunjukkan bolehnya terdapat apa yang bercanggah dengan asas dan asal serta ghalib (Al-Siyasah Al-Syar’iyyah, Al-Qaradawi, hlm 254)
[2] Baca perincian kisah ini di dalam AlKharraj oleh Abu Yusuf dan Al-Amwal oleh Abu Ubayd.

Sejenak Multimedia

Bersama Merealisasikannya

Musibah adalah Anugerah