Wednesday, February 16, 2011 By: ITC GEN 7 LAJNAH TARBIYAH DAN KEPIMPINAN IPGM KPI

DI SEBALIK Valentine????


Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai dalam kalangan masyarakat kita khususnya dalam kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut.

Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang berasal daripada Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya.Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine.Jasa beliau yang telah Berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.Justeru itu, pada tarikh 14 Februari disambut pada setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan Hari Valentine.

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine:

         i.            >> Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi orang Rom.Hari berikutnya, 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas.Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepajang pesta berlangsung.

       ii.          >>   Pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine telah dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 Masihi).Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat dalam peperangan.Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang kristian dengan pasangan mereka secara rahsia.Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dia dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi.Bagi memperingatinya sebagai ketabahan, keberanian dan juga kepsrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai satu upacara keagamaan.

      iii.         >>     Berasal daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalh di tempat kedua tertinggi selepas Pope.Apabila St. Valentine telah menyatakan hasrat hatinya untuk berkahwin dengan pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol Berjaya menumpaskan kerajaan Islam, maka timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan untuk berkahwin juga dengan pasangannya itu  telah menimbulkan Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat semnetara waktu.Ratu Isabella menetapkan 14 Februari sebagai hari kekasih untuk St. Valentine sendiri.




0 comments:

Post a Comment

Sejenak Multimedia

Bersama Merealisasikannya

Musibah adalah Anugerah