Saturday, February 26, 2011 By: ITC GEN 7 LAJNAH TARBIYAH DAN KEPIMPINAN IPGM KPI

Mengenali Sang Mujahidah Zainab al-Ghazali al-Jubaili...



Share




"..mari kita berjanji,berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki & seorang wanita,wanita pada umur 18 tahun,memberikan keseluruhan hidupnya untuk Allah & dakwah.Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini & dakwah,maka perkahwinan kita akn tamat,tetapi dakwah akan stiasa bertunjang dalam diriku.."


   Inilah antara untaian kata-kata motivasi kepada kaum Adam yang melambangkan cerminan jiwa sang mujahidah Zainab al-Ghazali al-Jubaili...seorang muslimat Ikhwanul Muslimin di Mesir yang memperuntukkan hidupnya untuk Islam.Tahun 1917 lahirlah seorang wanita yang diberi nama Zainab al-Ghazali,lahir di Buhaira,Mesir dan sememangnya beliau berketurunan Amirul Mukminin,Sayyidina Umar al-Khattab r.a.Rupa-rupanya inilah lambang keberanian sang mujahidah sesuai dengan Sayyidina Umar al-Khattab r.a yang diketahui sifatnya semasa sama-sama berjuang bersama Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W. dahulu.

   Hidupnya sudah diperuntukkan untuk Islam,hari-hari yang dilaluinya adalah hari-hari untuk medan dakwah mengajak umat Islam kembali kepada al-Quran dan Hadis.Mehnah,tribulasi dan sebagainya dilalui dengan penuh kesabaran.Berbagai penderitaan dilalui olehnya semasa menghadapi kezaliman regim thoghut Presiden Jamal Abdul Naseer (Presiden Mesir pada masa itu).Kisah-kisah penderitaan ini diabadikan olehnya di dalam kitabnya,'Hari-Hari Dalam Kehidupanku'.Tubuhnya pernah menjadi sasaran anjing ganas yang dilepaskan oleh pihak berkuasa semasa mendekam di dalam jeriji besi,namun Allah melindunginya.Malah tubuhnya juga mendapat lindungan Allah daripada diperkosa oleh lelaki jahat yang tidak sanggup menodai sang mujahidah yang punya sifat keberanian seperti Mashitah,Nusaibah mahupun Sumayyah..Subhanallah...

   Menceritakan lebih lanjut perihal sang mujahidah ini,dirinya pernah menganggotai Gerakan Wanita Mesir pada usia remajanya.Akan tetapi,matlamat gerakan itu tidak bersesuaiannya dengan fikrahnya sebagai seorang mujahidah lalu beliau menubuhkan Jemaah Wanita Muslimah sebagai satu wadah untuk meneruskan perjuangan.Gerakan ini aktif melakukan kerja dakwah dan kerja kebajikan hingga mula mendapat perhatian kaum wanita di Mesir.Gerakan ini terus aktif sehingga ia diharamkan regim thoghut pemerintah Mesir pada masa tersebut.Tanggal 15 Sept 1946 gerakan ini telah diharamkan.Sebenarnya dalam usia 18 tahun,beliau telah pun aktif dengan kerja-kerja dakwah dan di saat pengharaman gerakan yang diasaskannya itulah beliau bertemu dengan As-Syahid Imam Hasan al-Banna.Hasil hubungannya dengan seorang Muslimat Ikhwanul Muslimin telah menyebabkan beliau menyertai Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh As-Syahid Imam Hasan al-Banna.Keterlibatannya bersama Ikhwanul Muslimin ini terus dipacu bagi meneruskan perjuagannya untuk memenangkan agama Allah.Setelah syahidnya As-Syahid Imam Hasan al-Banna,beliau tetap bersama Ikhwanul Muslimin dalam meneruskan perjuagan bersama As-Syahid Sayyid Qutb dan Abdul Fattah Ismail.

   Maka pada tahun 1965,bermulalah kehidupan beliau di dalam penjara,tahun itulah beliau ditangkap dan dihumbankan ke dalam penjara selepas dibicarakan.Beliau dijatuhkan hukuman selama 25 tahun,namun begitu beliau dibebaskan pada tahun 1971 semasa regim Anwar Sadat mengambil alih tampuk pemerintahan Mesir.Semasa di dalam penjara inilah berbagai rintangan dilaluinya.Manakan tidak,beliau diberikan makanan yang kotor,malah digertak akan diperkosa.Namun Allah memberinya kekuatan kepadanya untuk terus mempertahankan maruah dirinya.Beliau juga disebat,dihina malah diaibkan tapi semangatnya tidak pernah luntur,tidak pernah merasa kecewa kerana memilih hidup untuk dicurahkan tenaganya kepada Islam..Subhanallah...

   Beliau kembali menghadap Allah pada tanggal 3 Ogos 2005 semasa berusia 88 tahun setelah bertahun-tahun dalam hidupnya dihabiskan untuk melihat Islam ditegakkan.Namanya tetapi disebut sehingga kini sebagai salah seorang contoh muslimat yang sanggup mati demi Islam...

   Di sini dinukilkan pesanannya kepada kita....
"Tidak ada jalan keluar bagi suatu ummat,bahkan bagi dunia melainkan dengan dakwah Islam.Betapa kejam dan ganas siksaan yang dikenakan,tidak akan mampu meruntuhkan keyakinan dan kebenaran dakwah Islam.Bahkan ia akan tumbuh dengan subur sebagai kekuatan yang akan menghancurkan kebathilan dengan penuh ketabahan dan kesabaran"

Subhanallah..tidakkah anda merasa cemburu dengan dirinya wahai insani yang bergelar wanita...contohilah dirinya,beliau antara tokoh mujahidah di abad moden yang hidupnya untuk Islam seperti mana kehebatan Sumayyah,Mashitah dan juga Ummu Nusaibah..seperti mana Sayyidatina Aisyah r.h.a dan ramai lg..Subhanallah..

Moga bermanfaat...

*sumber dari buku Tokoh2 Gerakan Islam Abad Moden karya Ustaz Zainuddin Hashim dan Ustaz Riduan Mohamad Nor

0 comments:

Post a Comment

Sejenak Multimedia

Bersama Merealisasikannya

Musibah adalah Anugerah